Sunday, August 26, 2007

Kalau Cinta Demi Dia



Kalau namanya cinta demi Dia
kasihnya tanpa syarat
sayangnya bertempat
luhur tak mahu dibalas.

Kalau namanya cinta demi Allah
bencinya kerana kasih
tegurnya terasa lapang
tahu, dia cintakan kita.

Cinta demi Dia
memberi bukan untuk terima
santun bukan dicipta-cipta
wajahnya bukan dua, sama bersama
dalam suka
dalam lara.

Kalau demi Dia
kemarau pun subur
bah bukan kubur, panasnya
bawa ke petang, bulan
bawa ke siang.

Dalam leka lena, direntapnya dari
mimpi, biar kita
sedar, ini dunia.
Ini hakikatnya, mimpi sementara
kelak semua akan ke sana.

Kalau benar cinta kerana Dia,
nasihatkan kita
kerana ad-Din ini berdiri
atas nasihat.
Demi Allah, demi Rasul
untuk para pemuka juga segenap
kita yang beriman.


Ini adalah tulisan asal Kalau Namanya Cinta.
Alahai Humaira, kalau memang tak reti menulis, kenapa mencomotkan dinding Teratak Sahmura ni?