Friday, January 19, 2007

MILIKMU TERISTIMEWA

~o~O~o~O~o~

TITISan embun pagi hari
gugur ke daun bak berlagu,
Bagai berbisik pada hati,
tahukah dikau erti rindu?

Bersimpuh duduk si dara tani,
dipipis lada burung terbang,
Terasa kekok ku di sini,
menepis mata yang memandang.

Purnama mengambang dipagari
bintang berkedipan
Sayup kedengaran sang pungguk
di hutan
memuja bayangan

Harapkan padi, padi huma
entah menjadi entah tidak,
Harapkan beri hati percuma
hendak menjerat biar bijak

Berhembus bayu senja
pesankan padanya
Bertenanglah,
sabar dan berdoa
Milikmu teristimewa!

~o~*~o~
SINOPSIS

+ Saya bukan peminat Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Tapi lagu ini liriknya bermakna, bagi saya. Buat yang memahami, milikmu teristimewa!

+ Saya masih dalam musim peperiksaan. Masih berbaki 2 kertas, Metodologi Ahli Tasir (23/1) dan Islam dan Falsafah Ilmu (25/1). Doakan saya mengungguli kejayaan.

+ Saya mendaftar nama untuk menyertai rombongan HEWI PMRAM ke Semenanjung Sinai, awal bulan depan. Mahu menjejak lagi sirah yang terakam kemas dalam al-Quran tentang kisah kedegilan Bani Israel menentang Nabi Allah Musa AS. Nanti, saya cuba paparkan ... *Dr Safiah, kalau ikut Kak Humaira, perjalanan mesti lebih seronok :)*


dari hati Seri