Friday, January 26, 2007

mangsi dari hati adik ...

Aku mempunyai 5 orang adik-beradik. Aku mempunyai 1 kakak dan 3 orang abang. Semuanya masih belajar. Ibuku terpaksa menanggung kami 5 beradik. Ayahku mengurus hal di rumah. Aku tidak sanggup melihat ibuku dalam kesusahan dan ayahku dalam kepayahan.

Aku berharap kakakku lulus periksa dan cepat pulang


~~~~ SINOPSIS ~~~~
Ini luahan hati adik saya. Sayu hati saya membacanya. Saya terjumpa catatan ini dalam buku tulis adik saya. dia memang gemar mencatat luahan hatinya di mana-mana, yang dia rasakan 'perlu'.

Adik, kakak akan cuba tunaikan. Kita akan sama-sama tunaikan. Kita akan gantikan pengorbanan Mak dan Ayah dengan kejayaan kita ...

dari hati Seri

Friday, January 19, 2007

MILIKMU TERISTIMEWA

~o~O~o~O~o~

TITISan embun pagi hari
gugur ke daun bak berlagu,
Bagai berbisik pada hati,
tahukah dikau erti rindu?

Bersimpuh duduk si dara tani,
dipipis lada burung terbang,
Terasa kekok ku di sini,
menepis mata yang memandang.

Purnama mengambang dipagari
bintang berkedipan
Sayup kedengaran sang pungguk
di hutan
memuja bayangan

Harapkan padi, padi huma
entah menjadi entah tidak,
Harapkan beri hati percuma
hendak menjerat biar bijak

Berhembus bayu senja
pesankan padanya
Bertenanglah,
sabar dan berdoa
Milikmu teristimewa!

~o~*~o~
SINOPSIS

+ Saya bukan peminat Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Tapi lagu ini liriknya bermakna, bagi saya. Buat yang memahami, milikmu teristimewa!

+ Saya masih dalam musim peperiksaan. Masih berbaki 2 kertas, Metodologi Ahli Tasir (23/1) dan Islam dan Falsafah Ilmu (25/1). Doakan saya mengungguli kejayaan.

+ Saya mendaftar nama untuk menyertai rombongan HEWI PMRAM ke Semenanjung Sinai, awal bulan depan. Mahu menjejak lagi sirah yang terakam kemas dalam al-Quran tentang kisah kedegilan Bani Israel menentang Nabi Allah Musa AS. Nanti, saya cuba paparkan ... *Dr Safiah, kalau ikut Kak Humaira, perjalanan mesti lebih seronok :)*


dari hati Seri

istilah CINTA


Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi
membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar menghinakan diri,
tetapi
menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi
membangkitkan semangat.
Cinta bukan melemahkan hati.

Bukan membawa putus asa, menimbulkan
tangis sedu duka.Tetapi
cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam
perjuangan menempuh onak dan duri kehidupan.

dari hati Seri

hari ini yang indah dalam sepi

SAYA sempat menghabiskan sebuah novel Ayat-Ayat Cinta tulisan Habiburrahman as-Shirazy, lalu saya petik beberapa kata-kata indah yang dinukilkan dalam karyanya.

(1)
Ibu,
jika engkau adalah matahari,
aku tidak ingin datang malam hari.
Jika engkau adalah embun,
aku ingin selalu pagi hari.

Ibu,
derhakakah aku
jika di telapak kakimu tidak kutemui
syurga itu


(2)
selalu saja kurindu
abad-abad terus berlalu
berjuta kali berganti baju
nun jauh di sana mata bening menatapku haru
penuh rindu
mata bondaku
yang selalu kurindu


~***~
SINOPSIS

+ saya syorkan semua untuk membaca dan menghayati Ayat-ayat Cinta ini. Memang ia benar-benar Novel Pembangun Jiwa. Bacalah, jika lapang ...

+ Saya amat merindui Mak dan Ayah. Saya akan pulang ..!

+ Dia akan ke udara di RTM 1, esok, jam 3 petang (waktu Malaysia)

+ Adik-adik saya akan berangkat ke Johor esok, membantu mangsa banjir di sana. Mereka mewakili PAS Cawangan Batu 5 (Kawasan Tambun). Ngah, Omph, buat yang terbaik. Amal Lillah! Kak bangga dengan adik-adik Kak.

dari hati Seri

Wednesday, January 03, 2007

.:: hidup dan impian ::.

... benar, ya, hidup tidak seindah yang diinginkan.

Setiap kita punya impian. Dan realiti acapkali mengkhianati impian. Benar kan?

Menginginkan sesuatu, semudah mengungkapkan kata dalam hati. Namun, hakikatnya sering kesasar.

Apapun, kita tidak boleh berputus asa. Rahmat Allah terlalu luas. Bukankah bila pintu tertutup, akan dibukakan tingkap pula? Cuma perlu bangun ... tujui tingkap itu. Bukalah ...

Hidup memang tidak seindah yang diimpikan ...


dari hati Seri