Sunday, September 23, 2007

Wednesday, September 12, 2007


Have nothing to say.
Cuma nak
leave these links and all of us, please read it.
Artikel [1]
Artikel [2]
Artikel [3]
Artikel [4]
Artikel [5]

Artikel [6]
Malaysia ini negara apa sebenarnya, ya? Demokrasi atau apa?

Amerika yang jadi kiblat kamu barangkali tak setenat ini tubuh demokrasinya!


Ya Allah, kami letakkan Engkau di batang leher musuh kami dan kami mohon dijauhkan dari segala kejahatan mereka!

Mereka yang masih ada akal, ayuh perkasakan Qunut Nazilah. Jangan pernah kalian ragu keajaiban doa, walau sekali. Angkat tangan kalian! Tadah! Dan berdoalah!

Tuesday, September 11, 2007

N3 saya yang ke 100!

Alhamdulillah. Walhamdulillah. Walhamdulillah.

Hari ini, 11 September, ulangtahun saya dan adik keempat, Muhammad Hafiz. Dan esok, ulangtahun adik tengah saya, Azril Amin.

Buat Hafiz dan Amin, Selamat Ulangtahun. Moga Allah reda kita sebagai hamba-Nya dan memanggil kita sebagai hamba-Nya untuk masuk ke syurga-Nya.

Bonda tersayang, terima kasih kerana melahirkan saya.
Ayah yang dirindui, terima kasih kerana membesarkan saya.

Bonda dan Ayahanda, terima kasih kerana menyayangi kami semua – saya, Azrol Zaimee, Azril Amin, Muhammad Hafiz dan Noor Haafizah – dari kami mula dalam kandungan Bonda hingga ke saat ini.

Ayahanda dan Bonda,
Seandainya catatan ini dibaca, ketahuilah, sesungguhnya kami sangat sayangkan kalian, walaupun acapkali, tingkah laku kami melukakan kalian.

Kasih sayang yang besar, akan menjadikan manusia berjiwa besar. Dan kasih sayang kalian menyuluh jalan hidup kami. Kasih saying kalian, sampai bila-bilapun tak akan mampu kami balas.

Ayahanda dan Bonda,
Doa kalian saban waktu adalah kebahagiaan kami. Peluh keringat kalian adalah kerana kami. Senyum tangis kalian, mahu bersama kami.

Ya Allah,
Kalau nanti sampai masa kami dihitung segala kerja, jangan Kau berati mereka segera menjejak Jannah-Mu. Jangan Kau payahkan mereka untuk berteduh di bawah naungan-Mu. Jangan, Y a Allah.

Pada Allah saya mohon juga, moga kasih sayang yang menyatukan hati dan jasad kami dibajai dengan rahmat-Nya hingga kami beriringan menjejak Firdaus-Mu.





~*~
Tarikh hari ini sebenarnya sangat signifikan pada dunia. Detik mula Barat mengisytihar perang secara terbuka terhadap Islam. Inilah hari pertamanya – September 11.

Apapun istilahnya – Perang Salib Abad 21, Perang Dunia Ke-4 – atau apa, sebenarnya Islam sudah terlalu lama dilonggok untuk dibakar selepas dibelasah cukup-cukup, dilapah dan dilanyak.

Kenapa masih diam? Kenapa kita ini? Rela? Sanggup? Sampainya hati …

Saya petik dialog Rabiah; lakonan Wardina Saffiyah Fadhulah dalam drama TV Kalam Cinta Rabiah, “bila orang sebut nama kita, orang tahu apa agama kita, dan bangsa kita.

Ya, bukan?

Kita masih selamba. Macam tak ada apa-apa …

Ya Allah, tetap teguhkan kami pada agama-Mu dan janganlah Kau matikan kami melainkan kami dalam agama-Mu.

Friday, September 07, 2007

Islam Akan Tetap Dagang!

Bismillahirrahmanirrahim

Oleh Suzana Mohamed Ali
Usuluddin – Jabatan Aqidah dan Falsafah
University al-Azhar Kaherah


TURKI sangat bimbang sekiranya usaha mereka untuk menggabungkan diri dalam EU menemui jalan buntu. Penuh mulut pencinta sekular Turki dengan maki hamun pada Hyrunnisa yang merupakan wanita pertama Turki hari ini.





“Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus berselisihan.”
(Hud: 118)



Fahaman modenisasi ilham Mustafa Kamal sememangnya melampau dari level free-thinker. Namun Islam ini bukan milik Muhammad Bin Abdullah. Tetapi ia milik Tuhan Kaabah. Kerana itu, lagi ditekan, Islam akan makin menjulang tinggi. Arusnya, makin diempang makin deras.

Sayangnya, saat-saat Islam sedang menunggu suria pagi untuk kembali menatari pelusuk bumi, rupanya di tanahair kita, gerhana tak mahu pergi.

Ramai sangat lagi yang setia hingga hujung nyawa menyintai Islam gaya Malaysia. Islam ala-Malaysia yang serba boleh dan semua boleh.





“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka itu (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (dengan sebab nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskankepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Ali ‘Imran: 102 dan 103)



Nikmat merdeka yang kita miliki sejak 5 dekad ini menyebabkan kita selamat dari perang saudara dan campur tangan kuasa asing.

Kenapa tidak kita kenang nikmat itu – ia datang dari Allah dan kepada-Nya lah selayaknya kita tinggikan syukur – dengan mengotakan kehendak-Nya yang kita janji mahu tunaikan sebaik menghirup udara merdeka!

Sungguh malang Malaysia ini! Islam jadi dagang di bumi sendiri!

Moga Turki mampu mencelikkan dunia, negara-negara umat Islam dan Liga Arab dari mimpi yang panjang; betapa Islam sudah bangun dan akan bangkit!

Thursday, September 06, 2007

Ayat-ayat ...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Kalau Habiburrahman asy-Syirazy menulis novel bertajuk Ayat-ayat Cinta, saya berminat menukilkan kalam Allah dari al-Quran yang berbicara tentang …

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Akutidak dapati dalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor -, atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama-nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat)sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Al-An’am: 145)

Dan, satu lagi.


“Katakanlah: “Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang dilaknat oleh Allah dan dimurkai-Nya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih baik kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul.”
(Al-Maidah: 60)
Baca artikel ini [01] - Babi di Melaka
Dan kenang-kenangkan yang ini juga [02] - Metaforika Melayu Tanpa DEB

Bicara Mereka

N3 ini telah tertunda beberapa hari dari tarikh cadangan asal saya. Kerana masa tak pernah minta untuk dihargai, maka kitalah yang terhukum.

Saya salin kata-kata ini dari laman DBP, masa bersiar-siar mencari makna dalam e-Kamus Dewan. Kata-kata tokoh bahasa dan sastera yang kalimahnya takkan lapuk dek zaman berzaman, untuk kita hayati dan fahami makna yang berselirat.

Keris Mas (1981)
“Apakah erti yang dapat diberi oleh kemerdekaan kalau pemimpin-pemimpin tiada mempunyai kekuatan dalam diri mereka untuk membangkitkan kesedaran dan member kesempatan pada rakyat yang dipimpinnya.”

Shahnon Ahmad (1982)
“Kebenaran tetap kebenaran dan kalau dia tidak boleh meneruskan perjuangan membentangkan kebenaran itu, pasti ada lagi orang lain yang bakal meneruskannya.”

Usman Awang
“Sejarah akan menjadi saksi kepada zaman akan datang tentang kejayaan dan kegagalan kita sebagai suatu bangsa muda yang hari ini berhadapan dengan pelbagai kenyataan hidup yang penuh dengan pergolakan; dan segala ini akan menjelmakan suatu bangsa yang terhormat dan bermaruah.”

A Samad Said
“Dengan berhujah, bertengkar dan berbahas kita menjadi warga berfikir, kita menajamkan daya fikir kita, kita meniupkan kesedaran watan dalam diri kita.”

Muhammad Hj Salleh
“Tiada yang lebih agung dari ilmu kerana ia menyambung bangsa memanjatkan hidup dari lumpur ke syurga jalan terakhir kepada bijaksana.”

Noordin Hassan
“Sejarah telah menunjukkan, ada bangsa yang hapus terus di muka bumi ini … kerana bangsa itu tidak ada ketahanan yang kukuh atau telah rosak jiwanya.”