Thursday, September 06, 2007

Bicara Mereka

N3 ini telah tertunda beberapa hari dari tarikh cadangan asal saya. Kerana masa tak pernah minta untuk dihargai, maka kitalah yang terhukum.

Saya salin kata-kata ini dari laman DBP, masa bersiar-siar mencari makna dalam e-Kamus Dewan. Kata-kata tokoh bahasa dan sastera yang kalimahnya takkan lapuk dek zaman berzaman, untuk kita hayati dan fahami makna yang berselirat.

Keris Mas (1981)
“Apakah erti yang dapat diberi oleh kemerdekaan kalau pemimpin-pemimpin tiada mempunyai kekuatan dalam diri mereka untuk membangkitkan kesedaran dan member kesempatan pada rakyat yang dipimpinnya.”

Shahnon Ahmad (1982)
“Kebenaran tetap kebenaran dan kalau dia tidak boleh meneruskan perjuangan membentangkan kebenaran itu, pasti ada lagi orang lain yang bakal meneruskannya.”

Usman Awang
“Sejarah akan menjadi saksi kepada zaman akan datang tentang kejayaan dan kegagalan kita sebagai suatu bangsa muda yang hari ini berhadapan dengan pelbagai kenyataan hidup yang penuh dengan pergolakan; dan segala ini akan menjelmakan suatu bangsa yang terhormat dan bermaruah.”

A Samad Said
“Dengan berhujah, bertengkar dan berbahas kita menjadi warga berfikir, kita menajamkan daya fikir kita, kita meniupkan kesedaran watan dalam diri kita.”

Muhammad Hj Salleh
“Tiada yang lebih agung dari ilmu kerana ia menyambung bangsa memanjatkan hidup dari lumpur ke syurga jalan terakhir kepada bijaksana.”

Noordin Hassan
“Sejarah telah menunjukkan, ada bangsa yang hapus terus di muka bumi ini … kerana bangsa itu tidak ada ketahanan yang kukuh atau telah rosak jiwanya.”