Wednesday, June 27, 2007

... bertemu kembali ...

... Bismillahirrahmanirrahim …

Musim peperiksaan sudah beransur lalu. Bagai tidak terasa bilah-bilah masa meninggalkan kita menghitung usia yang semakin menghampiri detik berpergian, yang sudahnya singgah sebentar menanti di barzakh.

Bak lirik dalam sebuah lagu nyanyian Far East dari album Halawatul Iman,
“Perjalanan rohku merentasi sebuah kembara …”

Kali ini nurani saya teruja untuk menulis sesuatu tentang dunia mahasiswa saya di Kota Kaherah ini. Dunia mahasiswa saya yang sudah mula dijangkiti virus dan wabak entah apa. Entah dirasuk hantu mana. Entah dilanggar garuda apa.

Saya bukan menidakkan peranan mahasiswa yang tegar membakar nyala semangat di gelanggang kemahasiswaan ini. Saya berterima kasih lagi bersyukur kerana Allah memilih saya di kalangan mereka yang berkesedaran dan berperanan setidak-tidaknya untuk membangkitkan gergasi potensi dalam diri untuk orang lain.

Bukan mahasiswa ini yang mahu saya perkatakan.

Justeru yang bagaimana?

Mahasiswa yang duduk-duduk sahaja di rumah. Kalaupun keluar, atas urusan peribadi. Di rumah, dunianya membicarakan resepi, artis, buruk si anu dan si ani, fantasi bersama si dia … dan entah apa-apa.

Di luar, dia merayap di muka bumi Allah ini tanpa tujuan besar, sekadar jalan-jalan cuci mata. Singgah ke cafĂ© internet menjengah emel, melayari video ‘ringan-ringan’, berbual dengan sahabat maya.

Saya berfikir dan bertanya ramai orang. Apa yang mereka ini buat di rumah ye? Bagaimana bisa wujud manusia yang siangnya itu sahaja dan malamnya juga terbiar sahaja?

Saya hairan bagaimana ya, seorang doctor boleh ambil lewa dari menganalisa tahap kesihatan pesakitnya yang makin merebak dan menular?

Sedangkan, ada kalangan mahasiswa sekampus yang tercungap-cungap menguruskan itu ini. Bukan setakat tidak cukup kaki tangan, tetapi tak cukup masa untuk menarik nafas panjang-panjang!

Sedangkan semua sepatutnya dalam keadaan stand by kerana situasi masyarakat Malaysia sangat mencemaskan. On-call!

Ada juga suara kurang belajar yang menyorak – “tak ada beban, batu digalas!”

Wah! Mereka yang berkorban segala hingga tergadai diri ini dikatakan sengaja mencari penyakit. Baik. Ayuh, semua balik ke rumah masing-masing. Usah ambil tahu keliling-kelalang. Hidup ke mati ke, biarkan sahaja. Kalau tahu nanti, cari penyakit pula namanya.

Biarkan kalau sakit tahulah mencari doctor sendiri. Tidak pun, doctor tahu-tahulah cari pesakitnya. Biar mati pun, biarlah. Pandai-pandailah ke kubur sendiri …

Ibnu Khaldun dalam kitabnya yang termasyhur – Muqaddimah, mentakrifkan manusia sebagai hidupan sosial. Ia tumbuh membesar dalam suasana bermasyarakat. Dan dalam masyarakat ada system dan norma-normanya tersendiri yang menjadi trade mark sesebuah masyarakat.

Tiba-tiba manusia di era baru ini memilih untuk jadi individu yang terasing dari peduli.

Hei! Masyarakat haiwan pun ada rasa peduli dan hidup bersosial. Penguin contohnya. Sekalipun tersorok di hujung benua, penguin-penguin ini tidak memencil diri.

Keluarlah dari ‘reban’ kalian menternak daging untuk dijadikan santapan lazat kuasa kuffar antarabangsa. Kalian bukan manuk KFC. Bukan lembu New Zealand. Kalian manusia.

Dunia sudah tenat, kalian sibuk memesan teh tarik!

Kesatuan mahasiswa di Mesir ini sudah diratah, kalian masih tenang mengisi perut menjamu nafsu! Baliklah ke Malaysia kalau enggan menyumbang setitis peluh pun mempertahankan kesatuan ini! Ingat, Allah telah bersumpah, Dia akan menggantikan kalian yang enggan dengan mereka yang lebih baik. Pulanglah kalian tanpa apa-apa.

Sedikit pun kalian tak pernah mahu mencalonkan diri membantu kesatuan ini. Apakah kalian mengharap nanti ada yang membela kalian!

Baliklah!

Baliklah!

Baliklah!


Atau kalian pilih untuk berubah!

~*o*~
Ya Allah, setelah Kau pilih aku berada di jalan-Mu, tetapkanlah aku padanya, hingga aku kembali bertemu-Mu dengan Islam dan Iman. Dan hingga Kau reda aku sebagai hamba-Mu.

Saturday, June 23, 2007

Dengan Nama Dia Yang Esa


... masa bercuti di Iskandariah beberapa bulan lepas, sempat merakam gambar sepi ini ...

Tuesday, June 19, 2007

Oh sayangku, Malaysia!

Oleh Humaira Mukhtar
01:31, Tobb el-Ramly.

Lunyai bumi bertuah ini dengan masalah dan isu yang tak putus-putus. Iyalah, kalau surut, tentu bukan Malaysia namanya, kan?

Tuntutan IFC. Ayah Pin. Roboh masjid. Rampas tanah. Istana Datuk Zakariya. Altantuya Sharibu @ Aminah Abdullah. Penculikan Yin. Jambatan Bengkok digantikan dengan WPI. AP dan Rafidah yang tak sudah-sudah – “he is like my father, you know?”. Pesta Durian – angkut dengan helicopter. Pertandingan kapal layar. Masjid Kristal. Bumbung pejabat kerajaan runtuh. Kenaikan harga tol, barang harian, minyak. Pak Lah nikah. Beli jet RM 200 juta. Masjid Cina. Sepet-Gubra-Mukhsin-Muallaf. 3 R – bukan rancangan di TV3 tu – ragut, rogol, rasuah.

Berita-berita ini tak pernah termuat dalam Utusan Meloya atau Berita Hairan dan yang sewaktu dengannya.

Sungguh! Kalau saya belek A 2 Z akhbar perdana tanahair, seakan-akan Malaysia ini aman rukun. Tanpa masalah. Yang banyak dipaparkan gossip artis itu ini, sok sek hiburan begitu begini.

Bijak sungguh media memainkan peranan menipu rakyat. Menutup bangkai gajah buntal yang busuk lagi membusukkan ini dengan laporan yang disongsangkan.

Saya tak kisah! Sama macam Aiman, tak kisah …

Tapi jawaplah depan Allah esok. Kamu terlupa pada peringatan Allah dari surah al-An’am (surah ke 6) ayat ke 61 dan 62.

Dan amaran Allah yang berulang kali disebut, Dia Maha Tahu, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Menyaksikan segala apa yang kamu lakukan sama ada secara terang-terang atau apa yang kamu rahsiakan dari manusia lain.


::ANEKDOT::
Pernah nonton Cicak Man? Muqadimah filem itu ialah sapaan pagi deejay Bandar Metrowealth yang mengkhabarkan segala situasi benar Malaysia. Terngiang-ngiang di telinga saya ayat ini – “…. Jika ada yang merasa tidak puas hati dengan kenaikan ini, anda bolehlah simpan sahaja dalam hati!”

Saya setuju sangat! Inilah Malaysia, tanahairku :)

Thursday, June 14, 2007

speechless!

LEPAS MENONTON Gubra dan Muhsin, hati saya memang meradang dengan Amani sorang
ni. Pada saya, dia ni dah 'lunyai'!

Dipeluk, digomol, dicium dan ...

Saya hafal kritikan Faisal Tehrani dalam komen beliau terhadap filem Gubra
yang
menobatkan Amani sebagai "..."

Murahnya harga seorang perempuan!
Saya
ulang, P E R E M P U A N!

Baca selanjutnya tulisan Uncle Roslan
SMS

Friday, June 08, 2007

tulus kasih ...

Whoever follows patience, success will follow him”.
Special dedication to
all my course-mate
Bie ~ impian serupas, Umu Soleh, Ayong Ida, Dik Emah,
and also not forgotten, Yue Zuhdi.
I love you all ... always.
Thank you for everything.

Patience Is Fitting

"Those who meet hardship with a strong bearing and a patient countenance are in the minority. But we must consider this, though it may seem obvious: If you or I will not be patient, then what else is there for you to do? Do you have any alternative solution? Do you know of any provision that is better than patience?

Those that achieve greatness have to surmount an ocean of difficulties and hardship before finally achieving success. Know that each time you escape a difficulty you will have to face another. Through this constant conflict, you must arm yourself with patience and a strong trust in Allah."


Don’t Be Sad by Dr ‘Aidh al-Qarni

Sunday, June 03, 2007

Tolong Jangan Baca!

::..Demokrasi di Malaysia..::

Rakyat Malaysia yang celik politik pasti sudah jemu membicarakan polemic ini. Ya! Demokrasi di Malaysia adalah satu situasi yang sangat menarik untuk diperhatikan. Saya cadangkan perkara ini dijadikan tajuk tesis PhD siapa-siapa yang membikin PhD dalam bidang Political Sc atau yang sewaktu dengannya :)

Demokrasi di Malaysia sangat berbeza dengan system demokrasi yang dipelajari dari mana-mana buku, di mana-mana pengajian, dan lebih jauh berbeza dari yang diamalkan di negara-negara lain dalam dunia. Sehinggakan sebahagian besar warga asing yang sempat menghirup bayu politik Malaysia bersoal tanya, adakah Malaysia mengamalkan demokrasi atau apa?

Kenapa? Apa yang tak kenanya dengan politik demokrasi Malaysia?

Ayoyo! Lagi mau tanya ka? Lu talak nampak ka?

Malaysia dengan bangganya meletakkan demokrasi sebagai dasar pemerintahan. Tetapi menyekat sesekat-sekatnya sebarang unsur-unsur yang mengembangkan amalan ini.

Cakap banyak tak guna. Kami mahu bukti! – ewah!

Buktinya sangat banyak, jelas, nyata, busuk dan keji. Tetapi pembesar Malaysia sangat bijak menutup curang, bak kata Nash, zahir tak terucap!

Contoh pertama, warganegara yang berusia 21 tahun, layak mengundi mana-mana parti pilihannya dalam sebarang pilihanraya, sekiranya sudah berdaftar dengan SPR. Juga layak menganggotai mana-mana parti yang diyakininya.

Realitinya, pembesar kerajaan tidak gemar rakyatnya memilih bernaung di bawah panji parti selain parti kerajaan.

Alamak! Lecehlah kalau cakap berlapik, bersopan gitu! Terus terang aja, lagi bagus dan difahami :).

Gini … Realitinya, pembesar kerajaan Barisan Nasional (BN – baca: be end) tidak gemar rakyatnya memilih bernaung di bawah panji parti selain parti kerajaan, terutamanya PKR, lagi-lagi PAS.

Buktinya, semua kakitangan kerajaan di semua sector, hatta PAR – Pekerja Am Rendah sekalipun diwajibkan menandatangani akujanji yang menggariskan betapa kakitangan mereka dilarang tegas terlibat dengan mana-mana parti politik berhaluan kiri.

Budak sekolah pun mereka gemparkan dengan akta yang merencatkan pertumbuhan akal demokrasi mereka. Dan memang itulah yang mereka mahu. Supaya rakyat buta, pekak dan bisu. Lepas tu kudung kaki tangan. Macam tu lah!

Berbagai akta digubal. ISA diperkasa. Ini bukti seterusnya. Demokrasi di Malaysia bukan mati. Tetapi memang tidak pernah wujud dalam kamus kerajaan.

BN (baca: be end) khususnya UMNO (baca UMNO Baru) menjadikan Malaysia sebagai milik mereka 100%. No way! Malaysia bukan hak milik UMNO. UMNO cuma dipertanggungjawabkan untuk menjaga tanah ini dan sesiapa yang mendapat kepercayaan rakyat bumi Malaysia menerusi pilihanraya atau suara rakyat ini hanya diberikan tugas menjaga Malaysia. Bukan memilik peribadikan Malaysia. Dan sekali lagi, Malaysia bukan milik UMNO.

Demokrasi mendefinisikan kebebasan hak bersuara, berhimpun dan bergerak. Namun, wujudkah kebebasan ini di tanahair kita? Teramat lucu, apabila perhimpunan dengan permit dibatalkan permitnya ketika ia berlangsung dengan dikonvoikan water canon segala, dengan tujuan supaya rakyat takut dan bersurai.

Perhimpunan aman. Langsung tidak dibawa walau sebatang mancis pun – kecuali perokok sahaja untuk mencucuh muncung mereka – adakah ia membahayakan? Menggugat ketenteraman awam? Siapa menggugat siapa?

Bebas bersuara. Benarkah? Saya menyaksikan – dari jauh – bagaimana akhbar-akhbar tabloid
pembangkang khasnya Harakah, dimusuhi. Detik, Tamadun dan beberapa majalah lagi dimuziumkan. Keras kaku. Pengarangnya dimandulkan dari menyatakan pandangan, menyuarakan pendapat. Bagi pemerintah, rakyat berdosa jika berpandangan selain dari kaca mata kerajaan. Dosa. Salah.

Dalam pilihanraya, yang sepatutnya undi adalah rahsia, tidak lagi menjadi rahsia kerana kerajaan membeli undi rakyat untuk memangkah mereka. Rakyat diugut dengan itu ini jika tidak menandakan X pada kotak calon mereka. Rakyat ditakutkan kononnya rakyat akan mati kebuluran, tumbuhan akan layu, laut akan kontang, hujan tak akan turun sekiranya kerajaan BN (baca: be end) kalah.

Khurafat apa ini? Syirik apa?

Saya sangat hafal kalam Fir’aun ketika Nabi Musa menyeru supaya beriman kepada Allah Yang Esa. Sehingga begini celarukah akal pembesar BN (baca: be end) yang ketuanya dikepung (kononnya) agamawan tersohor? Eh! Tidakkah ulama kamu membacakan kisah benar ini ke telinga kamu? Jahil benar, kalau begitu.


~*~
::Anekdot::

Tulisan ini saya pampangkan kerana ia sudah terlalu lama menempik relung hati saya. Ia tidak disusun teratur. Saya tulis apa yang hati saya kata. Kalau tidak saya layan amukan ini, melengas-lengas lagilah jiwa saya dengan keadaan masyarakat, lagi-lagi pemimpin negara yang sangat saya sayangi.

Ini pendapat peribadi. Tak ada kena mengena dengan pihak lain.

Veni. Vedi. Vetulis.
Saya lihat. Saya datang. Saya tulis :)
Dan tulisan ini akan ada sambungannya. Insya Allah.

Ya Allah, tepat dan tetapkanlah kaki aku pada agama-Mu. Jangan Kau pesongkan aku setelah Kau bimbing aku ke jalan yang Kau redai – jalan Rasul-rasul-Mu. Amin!