Sunday, June 03, 2007

Tolong Jangan Baca!

::..Demokrasi di Malaysia..::

Rakyat Malaysia yang celik politik pasti sudah jemu membicarakan polemic ini. Ya! Demokrasi di Malaysia adalah satu situasi yang sangat menarik untuk diperhatikan. Saya cadangkan perkara ini dijadikan tajuk tesis PhD siapa-siapa yang membikin PhD dalam bidang Political Sc atau yang sewaktu dengannya :)

Demokrasi di Malaysia sangat berbeza dengan system demokrasi yang dipelajari dari mana-mana buku, di mana-mana pengajian, dan lebih jauh berbeza dari yang diamalkan di negara-negara lain dalam dunia. Sehinggakan sebahagian besar warga asing yang sempat menghirup bayu politik Malaysia bersoal tanya, adakah Malaysia mengamalkan demokrasi atau apa?

Kenapa? Apa yang tak kenanya dengan politik demokrasi Malaysia?

Ayoyo! Lagi mau tanya ka? Lu talak nampak ka?

Malaysia dengan bangganya meletakkan demokrasi sebagai dasar pemerintahan. Tetapi menyekat sesekat-sekatnya sebarang unsur-unsur yang mengembangkan amalan ini.

Cakap banyak tak guna. Kami mahu bukti! – ewah!

Buktinya sangat banyak, jelas, nyata, busuk dan keji. Tetapi pembesar Malaysia sangat bijak menutup curang, bak kata Nash, zahir tak terucap!

Contoh pertama, warganegara yang berusia 21 tahun, layak mengundi mana-mana parti pilihannya dalam sebarang pilihanraya, sekiranya sudah berdaftar dengan SPR. Juga layak menganggotai mana-mana parti yang diyakininya.

Realitinya, pembesar kerajaan tidak gemar rakyatnya memilih bernaung di bawah panji parti selain parti kerajaan.

Alamak! Lecehlah kalau cakap berlapik, bersopan gitu! Terus terang aja, lagi bagus dan difahami :).

Gini … Realitinya, pembesar kerajaan Barisan Nasional (BN – baca: be end) tidak gemar rakyatnya memilih bernaung di bawah panji parti selain parti kerajaan, terutamanya PKR, lagi-lagi PAS.

Buktinya, semua kakitangan kerajaan di semua sector, hatta PAR – Pekerja Am Rendah sekalipun diwajibkan menandatangani akujanji yang menggariskan betapa kakitangan mereka dilarang tegas terlibat dengan mana-mana parti politik berhaluan kiri.

Budak sekolah pun mereka gemparkan dengan akta yang merencatkan pertumbuhan akal demokrasi mereka. Dan memang itulah yang mereka mahu. Supaya rakyat buta, pekak dan bisu. Lepas tu kudung kaki tangan. Macam tu lah!

Berbagai akta digubal. ISA diperkasa. Ini bukti seterusnya. Demokrasi di Malaysia bukan mati. Tetapi memang tidak pernah wujud dalam kamus kerajaan.

BN (baca: be end) khususnya UMNO (baca UMNO Baru) menjadikan Malaysia sebagai milik mereka 100%. No way! Malaysia bukan hak milik UMNO. UMNO cuma dipertanggungjawabkan untuk menjaga tanah ini dan sesiapa yang mendapat kepercayaan rakyat bumi Malaysia menerusi pilihanraya atau suara rakyat ini hanya diberikan tugas menjaga Malaysia. Bukan memilik peribadikan Malaysia. Dan sekali lagi, Malaysia bukan milik UMNO.

Demokrasi mendefinisikan kebebasan hak bersuara, berhimpun dan bergerak. Namun, wujudkah kebebasan ini di tanahair kita? Teramat lucu, apabila perhimpunan dengan permit dibatalkan permitnya ketika ia berlangsung dengan dikonvoikan water canon segala, dengan tujuan supaya rakyat takut dan bersurai.

Perhimpunan aman. Langsung tidak dibawa walau sebatang mancis pun – kecuali perokok sahaja untuk mencucuh muncung mereka – adakah ia membahayakan? Menggugat ketenteraman awam? Siapa menggugat siapa?

Bebas bersuara. Benarkah? Saya menyaksikan – dari jauh – bagaimana akhbar-akhbar tabloid
pembangkang khasnya Harakah, dimusuhi. Detik, Tamadun dan beberapa majalah lagi dimuziumkan. Keras kaku. Pengarangnya dimandulkan dari menyatakan pandangan, menyuarakan pendapat. Bagi pemerintah, rakyat berdosa jika berpandangan selain dari kaca mata kerajaan. Dosa. Salah.

Dalam pilihanraya, yang sepatutnya undi adalah rahsia, tidak lagi menjadi rahsia kerana kerajaan membeli undi rakyat untuk memangkah mereka. Rakyat diugut dengan itu ini jika tidak menandakan X pada kotak calon mereka. Rakyat ditakutkan kononnya rakyat akan mati kebuluran, tumbuhan akan layu, laut akan kontang, hujan tak akan turun sekiranya kerajaan BN (baca: be end) kalah.

Khurafat apa ini? Syirik apa?

Saya sangat hafal kalam Fir’aun ketika Nabi Musa menyeru supaya beriman kepada Allah Yang Esa. Sehingga begini celarukah akal pembesar BN (baca: be end) yang ketuanya dikepung (kononnya) agamawan tersohor? Eh! Tidakkah ulama kamu membacakan kisah benar ini ke telinga kamu? Jahil benar, kalau begitu.


~*~
::Anekdot::

Tulisan ini saya pampangkan kerana ia sudah terlalu lama menempik relung hati saya. Ia tidak disusun teratur. Saya tulis apa yang hati saya kata. Kalau tidak saya layan amukan ini, melengas-lengas lagilah jiwa saya dengan keadaan masyarakat, lagi-lagi pemimpin negara yang sangat saya sayangi.

Ini pendapat peribadi. Tak ada kena mengena dengan pihak lain.

Veni. Vedi. Vetulis.
Saya lihat. Saya datang. Saya tulis :)
Dan tulisan ini akan ada sambungannya. Insya Allah.

Ya Allah, tepat dan tetapkanlah kaki aku pada agama-Mu. Jangan Kau pesongkan aku setelah Kau bimbing aku ke jalan yang Kau redai – jalan Rasul-rasul-Mu. Amin!