Tuesday, June 19, 2007

Oh sayangku, Malaysia!

Oleh Humaira Mukhtar
01:31, Tobb el-Ramly.

Lunyai bumi bertuah ini dengan masalah dan isu yang tak putus-putus. Iyalah, kalau surut, tentu bukan Malaysia namanya, kan?

Tuntutan IFC. Ayah Pin. Roboh masjid. Rampas tanah. Istana Datuk Zakariya. Altantuya Sharibu @ Aminah Abdullah. Penculikan Yin. Jambatan Bengkok digantikan dengan WPI. AP dan Rafidah yang tak sudah-sudah – “he is like my father, you know?”. Pesta Durian – angkut dengan helicopter. Pertandingan kapal layar. Masjid Kristal. Bumbung pejabat kerajaan runtuh. Kenaikan harga tol, barang harian, minyak. Pak Lah nikah. Beli jet RM 200 juta. Masjid Cina. Sepet-Gubra-Mukhsin-Muallaf. 3 R – bukan rancangan di TV3 tu – ragut, rogol, rasuah.

Berita-berita ini tak pernah termuat dalam Utusan Meloya atau Berita Hairan dan yang sewaktu dengannya.

Sungguh! Kalau saya belek A 2 Z akhbar perdana tanahair, seakan-akan Malaysia ini aman rukun. Tanpa masalah. Yang banyak dipaparkan gossip artis itu ini, sok sek hiburan begitu begini.

Bijak sungguh media memainkan peranan menipu rakyat. Menutup bangkai gajah buntal yang busuk lagi membusukkan ini dengan laporan yang disongsangkan.

Saya tak kisah! Sama macam Aiman, tak kisah …

Tapi jawaplah depan Allah esok. Kamu terlupa pada peringatan Allah dari surah al-An’am (surah ke 6) ayat ke 61 dan 62.

Dan amaran Allah yang berulang kali disebut, Dia Maha Tahu, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Menyaksikan segala apa yang kamu lakukan sama ada secara terang-terang atau apa yang kamu rahsiakan dari manusia lain.


::ANEKDOT::
Pernah nonton Cicak Man? Muqadimah filem itu ialah sapaan pagi deejay Bandar Metrowealth yang mengkhabarkan segala situasi benar Malaysia. Terngiang-ngiang di telinga saya ayat ini – “…. Jika ada yang merasa tidak puas hati dengan kenaikan ini, anda bolehlah simpan sahaja dalam hati!”

Saya setuju sangat! Inilah Malaysia, tanahairku :)