Friday, September 07, 2007

Islam Akan Tetap Dagang!

Bismillahirrahmanirrahim

Oleh Suzana Mohamed Ali
Usuluddin – Jabatan Aqidah dan Falsafah
University al-Azhar Kaherah


TURKI sangat bimbang sekiranya usaha mereka untuk menggabungkan diri dalam EU menemui jalan buntu. Penuh mulut pencinta sekular Turki dengan maki hamun pada Hyrunnisa yang merupakan wanita pertama Turki hari ini.





“Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus berselisihan.”
(Hud: 118)



Fahaman modenisasi ilham Mustafa Kamal sememangnya melampau dari level free-thinker. Namun Islam ini bukan milik Muhammad Bin Abdullah. Tetapi ia milik Tuhan Kaabah. Kerana itu, lagi ditekan, Islam akan makin menjulang tinggi. Arusnya, makin diempang makin deras.

Sayangnya, saat-saat Islam sedang menunggu suria pagi untuk kembali menatari pelusuk bumi, rupanya di tanahair kita, gerhana tak mahu pergi.

Ramai sangat lagi yang setia hingga hujung nyawa menyintai Islam gaya Malaysia. Islam ala-Malaysia yang serba boleh dan semua boleh.





“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka itu (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (dengan sebab nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskankepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Ali ‘Imran: 102 dan 103)



Nikmat merdeka yang kita miliki sejak 5 dekad ini menyebabkan kita selamat dari perang saudara dan campur tangan kuasa asing.

Kenapa tidak kita kenang nikmat itu – ia datang dari Allah dan kepada-Nya lah selayaknya kita tinggikan syukur – dengan mengotakan kehendak-Nya yang kita janji mahu tunaikan sebaik menghirup udara merdeka!

Sungguh malang Malaysia ini! Islam jadi dagang di bumi sendiri!

Moga Turki mampu mencelikkan dunia, negara-negara umat Islam dan Liga Arab dari mimpi yang panjang; betapa Islam sudah bangun dan akan bangkit!