Lafaz ini sudah sebati benar dengan kita, masyarakat Melayu. Tunggu-tunggu! Jarang benar kita cepat-cepat dan bersegera.
Sebelum kita membincangkan perkara ini, wajar penulis mengucapkan terima kasih kerana membenarkan mata kalian mengekori susunan huruf yang membentuk perkataan menjadi ayat ini. Terima kasih juga kepada hati kalian yang menuturkan ayat-ayat ini. Terima kasih kepada Tuhan yang menggerakkan segala jentera yang ada di jasad kalian dan penulis ketika ini. Terima kasih!
Saya menanti kalian memulangkan segala rasa berterima kasih tadi pada Penciptanya. Sudahkah kalian? Belum?
Bila lagi? Nanti?
Aduh! Inilah sikap kita. Kita tidak segan untuk mengumumkan nanti dan tunggu dulu dalam melakukan kebaikan.
Saya mengimani pesanan para sufi:
"Menunda-nunda melakukan kebaikan dan taubat bererti memanjangkan usia dalam dosa dan murka Allah"
Ayuh kita hitung perkara ini bersama-sama. Manusia ini ada sahaja yang ditungguinya sepanjang bernafas. Dari dalam rahim ibu, menunggu untuk dilahirkan. Setelah lahir, menunggu untuk dibesarkan. Dibesarkan, menunggu untuk disekolahkan. Tamat sekolah mahu menunggu tamat pengajian di universiti pula. Usai pengajian, menunggu tawaran dan peluang kerjaya pula. Dapat kerja masih menunggu hari berumahtangga. Berumahtangga, langsung menunggu kelahiran cahaya mata.
Dan terus menunggu hingga nyawa sudah kosong dari badan!
Kerana menunggu.
Tunggu-tunggu!
Masa sakaratul maut tiba, masih bisakah kita menyogokkannya dengan kalimah 'Tunggu-tunggu'?
Tertangguhkah urusan Izrael tatkala kita melaung meraung 'tunggu-tunggu'?
Sungguh! Sifarnya kantung amal di kanan kita hari ini kerana sikap kita yang 'tunggu-tunggu'. Barangkali kematian akan mendatangi kita dahulu sebelum kita mengotakan janji pada yang kita biarkan 'tunggu-tunggu'.
Taubat. Buatlah kebaikan. Janganlah tunggu-tunggu. Mati ini tiba-tiba sahaja tibanya. Entah dalam 'tunggu-tunggu', rupanya Izrael yang menunggu untuk membawa kita, entah ke neraka entah ke syurga.
Bertindak sekarang. Bukankah Allah sudah berjanji;

"Apabila kamu melakukan kebaikan, sesungguhnya kamu melakukan untuk diri kamu sendiri. Dan apabila kamu melakukan kejahatan (juga) adalah untuknya (dirimu)"
Buang azam 'tunggu-tunggu' kita. Gantikan dengan 'sekarang dan sehabis cemerlang'.
Kita seringkali memanjangkan angan-angan lantaran dibisikkan nafsu dan syaitan. Natijahnya, kita terlalai. Sudahlah TERlalai, apabila tersedar, sengaja membiarkan diri terus lalai. Alangkah ‘insan’nya kita!
Kita mesti sentiasa ~ bukan setakat selalu, mempersiapkan diri untuk menyongsong kematian. Barangkali kita merancang untuk menangguhkan kebaikan ke esok hari, dengan harapan esok masih ada kesempatan.
Tunggu-tunggu! Jangan tunggu-tunggu!
Kitakah yang menongkat langit dan mempasakkan bumi? Hingga yakin matahari akan terbit di ufuk timur lagi seperti kehendak kita? Kemuliaan apakah yang kita miliki hingga nanti kita mungkin dapat melengahkan urusan kematian sendiri? Sedangkan Nabi SAW sendiri tidak terdaya untuk itu.
Saya tinggalkan kalian bersama himpunan persoalan ini. Jawablah dan jangan tunggu-tunggu!
Terima kasih dan sekali lagi, jangan tunggu-tunggu!