Selamat Pengantin Baru buat pasangan VIP – Rafzan Razak dan Fatimah Salwani Abdullah, yang selamat diakadkan dalam majlis ringkas hari ini.

Siruu ‘ala barakatillah.
Cerita 2
Ogos tahun ini menjadi pilihan ramai kerabat dan sahabat saya untuk membina istana kasih.
(*) Abang sulung saya, Yop Nizam akan melangsungkan perkahwinannya pada 16 Ogos di Kelantan dan acara sambut menantu di rumah Ayah We saya pada 19 Ogos.
(*) Teman saya, Ateh Inah juga bakal bergelar Raja Sehari pada 18 Ogos ini bersama pasangannya Fuad.
Apapun, kedua-dua majlis ini hanya saya rakamkan melalui kata-kata dan tulisan sahaja. Saya jauh untuk bersama, namun doa tak pernah luput, insya Allah.
Moga bahagia dan diredai-Nya.
**~Selamat Pengantin Baru~**