Wednesday, August 15, 2007

Buat mereka yang disayangi ...

Saya titipkan kalam ini buat puteri-puteri dan para srikandi,
Juga pesan buat diri saya sendiri …


Sayang,
Kau bekerja (segala amal, tindak, kata dan sikap) bukan kerana nama dan manusia. Kau berikrar demi Islam. Mahu hidup dan matimu bersama Islam. Kau bukan ‘mengerjakan’ Islam. Kau bekerja untuk Islam.

Lalu, kalau itu imanmu, mengapa kau berduka, sayang?

Kau bukan pemula langkah ini. Kau tak pernah sendiri. Usah lagi kau mudah undur diri. DIA tak tinggalkan kau mengemudi nasib seorang diri.

Sayang,
Percayalah pada diri sendiri, kau pasti tahu ke mana menyusun arah, mengutip kembali semangat yang pergi …

Sayang,
Bangun. Berdirilah. Kerana rangkakmu mahu berlari!



~*+*~
Saya sedang mencuri masa untuk menyudahkan pembacaan saya yang tujuannya mahu menulis sesuatu yang menurut saya, perlu saya latih diri mendekatinya. Saya bukankah bakal bergelar Doktor di pangkal nama saya nanti?!

Ya Allah perkenankanlah!