Thursday, March 08, 2007

Dari Hati Seorang Ibu

Memang telah Allah ciptakan naluri seorang wanita berwatak ibu amat kuat dan akrab dengan anaknya. Bergenang airmata saya menemani gerimis di hati membaca untaian kata Mak lewat pesanan ringkas yang dikirimkan dini hari semalam ...

"... Tak payah nak gaduh2 ... doa je banyak2. Allah saja yg mengetahui rahsia hati seseorg 2.Dah penat, rhat dulu, jgn paksa diri.Esok ada masa lg, jgn suka buat kerja last minute."

Sebetulnya, ada satu dua perkara yang saya adukan pada Mak Ayah ~ minta pandangan dan mengecas kekuatan.Mak tidak pernah lalai membekalkan saya dengan semangat dan menghiburkan saya dengan nasihat.

Saban hari, tidak kurang dari tiga kiriman Mak akan menjenguk kantung pesanan telefon bimbit saya. Berbicara apa sahaja tentang dunia kami, hingga kadang-kadang saya menghabiskan LE5 sehari untuk mengutusi Mak seorang.
Nah! Kejauhan ini benar-benar menguji seluruh jiwa dan rasa saya.


Memang terasa mahu berbaring di riba Mak, sambil mendengar kisah, menatap bening wajah Mak yang indah.

Mak,
tiada kata terlafaz, tiada bahasa terindah
untuk saya ucapkan
betapa Mak adalah anugerah teragung dalam hidup saya
dan adik-adik.

Mak bidadari di hati saya.

Saya sayang Mak
selamanya ...