Thursday, March 15, 2007

Pedang Pena

"Tahukah anda Revolusi Teratai Puteh di negara China hasil daripada nota-nota kecil yang
ditanam dalam kuih bulan yang dijual kepada seluruh rakyat China. Apabila rakyat China faham (isi kandungan nota-nota kecil), gelombang rakyat memuncak"

Kenapa saya menulis? Lagi-lagi di laman maya sebegini? Dan kenapa kita selaku pencari hikmah di jelapang ilmu ini mesti menulis? ~ Inilah alasan saya.

Petikan di atas mampu sahaja menghasilkan gelombang di atma kita, lantas bersegera mengasah pedang pena, menghayun langkah membetulkan yang salah, meluruskan yang bengkok.

Ayuh! Menulislah. Menulis dengan ilmu. Bukan dengan nafsu.

Ayuh! Menulislah. Tulis selepas berfikir. Tulis selepas membaca. Kerana penulis adalah pembaca. Penulis adalah pemikir.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Lalu, apa yang ditunggu?